Kalau kulihat tuan, wahai suma
kelopak terkembang harum terserak
hatiku layu sejuk segala
rasakan badan tiada dapat bergerak
Tuan tumbuh tuan hamba kembang
di negeriku sana di kuburan abang
kemboja bunga rayuan
hatiku kechu melihat tuan
Bilamana beta telah berpulang
wah, kemboja siapatah kembang
diatas kuburku, si dagang layang?
Kemboja, kemboja bunga rayuan
hendakkah tuan menebarkan bibit
barang sebiji diatas pangkuan
musafir lata malang berakit?
Melur takku mahu
Mawar takku suka,
sebab kemboja dari dahulu
telah kembang di kubur bonda
Kemboja bunga rauan
musafir anak Sumatera
Pulau perca tempat pangkuan
bilamana fakir telah tiada.
Karya : Tengku Amir Hamzah
Raja Penyair dari Langkat
Pahlawan Nasional asal Langkat
(Al-Fatihah buat Alm. Tengku Amir Hamzah)
1 komentar:
Mantap
Posting Komentar